Sabtu, 12 Disember 2020
DEFINISI KEPIMPINAN DAN ORGANISASI
DEFINISI KEPIMPINAN :
- Satu proses bagi seseorang ketua mendapatkan kerjasama orang bawah ke arah penyempurnaan matlamat tertentu. (Azman Che Omar, 2003)
- Satu proses di mana seorang individu secara konsisten memberi lebih banyak kesan terhadap sifat dan aktiviti kumpulan berbanding orang lain. (Kellerman, 1984)
- Satu proses pengaruh mempengaruhi di antara pemimpin dengan pengikut. (Edwin P. Hollander, 1978)
DEFINISI ORGANISASI :
- Satu unit sosial yang mengandungi individu yang bekerjasama dan saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai matlamat setiap individu itu dan organisasinya.
- Organisasi digunakan sebagai wadah dimana setiap kaki tangan berkumpul, bekerjasama secara sistematik, berorganisasi, terpimpin dan terkendali dalam memanfaatkan sumber yang digunakan secara efisen dan efektif untuk mencapai tujuan organisasi. (Syed Ismail Syed Mustapa, 2013)
Ciri-ciri Organisasi
- Mempunyai hierarki atau tingkat autoriti.
- Mempunyai identiti tersendiri.
- Mempunyai peraturan, prosedur, sistem hubungan dan dasar bagi melaksanakan aktiviti organisasi.
- Mempunyai struktur organisasi atau pembahagian kerja.
OBJEKTIF TAJUK
- Menyatakan konsep kepimpinan dan organisasi.
- Menyenaraikan ciri-ciri organisasi yang terdapat dalam pentadbiran seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Menjelaskan struktur organisasi yang diperlukan dalam pentadbiran.
- Menghuraikan ciri-ciri gaya kepimpinan dalam pentadbiran.
- Menyatakan kepimpinan guru di sekolah dalam pentadbiran.
STRUKTUR ORGANISASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) :
- Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah satu organisasi yang besar yang merujuk kepada proses mengurus dan mentadbir sistem pendidikan negara.
- Proses perkembangan bangsa dan proses kemajuan negara berkaitan secara langsung dengan sistem pendidikan. Pendidikan bermutu melahirkan generasi yang sedar dan insaf dengan erti hidup serta tanggungjawab mereka. Mereka berusaha memperkembangkan potensi masing-masing bagi mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat, dan negara.
- Pendidikan berfungsi sebagai alat memenuhi keperluan-keperluan negara dalam pelbagai aspek sama ada politik, ekonomi ataupun sosial (Yahaya Don, 2005). Bagi merealisasikan hasrat dan wawasan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyusun jentera pentadbiran yang mampu menjana bangsa ke arah penguasaan ilmu pengetahuan yang luas dan keupayaan generasi muda meningkatkan daya saing untuk menjadi bangsa yang cemerlang gemilang dan terbilang.
- Pentadbiran pendidikan sebagai satu proses perkhidmatan yang melibatkan proses perancangan pendidikan, pengelolaan pendidikan, pengurusan kakitangan pendidikan, pengarahan pendidikan, penyelarasan pendidikan, penyediaan belanjawaan pendidikan dan penilaian pendidikan. Makna pentadbiran agak berbeza dengan makna pengurusan. Pengurusan melaksanakan tugas-tugas atasan seperti membuat perancangan, menyusun atur, mengelola, mengarah, memimpin, mengawal sumber-sumber dan mendapatkan kerjasama daripada setiap individu di dalam sesuah organisasi. Manakala pentadbiran pula membantu pengurusan melaksanakan apa yang telah dirancang, disusun atur, dikelola,diarah, dipimpin dan dikawal supaya menjadi kenyataan. Ia adalah satu proses pengendalian sesebuah organisasi pendidikan, secara menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat pendidikan.
- Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia dibentuk berdasarkan kepada sistem politik dan pentadbiran negara. Sistem pendidikan di Malaysia merupakan sistem pendidikan berpusat. Struktur organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah sangat besar, namun secara ringkas terbahagi kepada lima peringkat iaitu;
- Eksekutif
- Pengurusan
- Penyeliaan
- Teknikal
- Pelaksana
Kelima-lima peringkat di atas boleh dikategorikan kepada empat bahagian/struktur pentadbiran, iaitu: Peringkat Persekutuan, Peringkat Negeri, Peringkat Daerah dan Peringkat Sekolah.
CIRI-CIRI GAYA KEPIMPINAN
GAYA KEPIMPINAN AUTOKRATIK :
- Melibatkan interaksi sehala di mana pengetua memberi arahan manakala guru-guru hanya mendengar dan menurut arahan tersebut.
- Pengetua yang menentukan semua dasar, pelaksanaan pentadbiran dan aktiviti-aktiviti.
- Pengetua melantik jawatankuasa dan menentukan tugas, masa dan tempat bagi sesuatu aktiviti.
- Guru-guru tidak diberi peluang untuk memberi cadangan.
- Pengetua memberi pujian dan kritikan secara peribadi.
GAYA KEPIMPINAN DEMOKRATIK :
- Dasar dan keputusan mengenai sesuatu aktiviti adalah hasil daripada perbincangan, menerima dan memberi pandangan.
- Keputusan dicapai atas persetujuan majoriti.
- Pengetua membantu guru-guru membentuk matlamat dan alternatif sendiri.
- Pengetua bersikap objektif dan adil dalam memberi teguran, pujian dan kritikan.
- Pengetua mementingkan peningkatan prestasi, pencapaian dan kesungguhan.
- Dapat membina disiplin guru, menggalakkan semangat kerjasama, saling menghormati dan hubungan yang mesra.
GAYA KEPIMPINAN LAISSEZ-FAIRE :
- Para pemimpin menyediakan alat dan sumber yang diperlukan.
- Gaya kepimpinan di mana para pemimpin beralih dan membolehkan ahli kumpulan membuat keputusan.
- Ahli kumpulan dijangka menyelesaikan masalah sendiri.
- Panduan yang sangat sedikit daripada pemimpin.
- Kuasa diserahkan kepada pengikut, namun pemimpin masih bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan kelompok.
GAYA KEPIMPINAN KONTEGENSI :
- Kepimpinan perlu dilaksanakan berdasarkan kepada penganalisian terhadap kepentingan dan keperluan-keperluan sesuatu keadaan dan situasi.
- Perlu menyesuaikan gaya kepimpinan mengikut keadaan dan mengikut keperluan
- Gaya kepimpinan akan berubah mengikut keadaan dan ianya mempunyai perkaitan dengan faktor teknologi, persekitaran dan orang-orang yang terlibat.
- Penerapan bagi gaya kepimpinan yang bervariasi dalam menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan kepimpinan lebih efektif.
KEPIMPINAN GURU & CIRI-CIRINYA
KEPIMPINAN PENGAJARAN :
- Ianya turut dikenali sebagai kepimpinan kurikulum,kepimpinan instruksional dan kepimpinan pendidikan.
- Segala tindakan yang dilaksanakan oleh pengetua atau pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan adalah bagi menggalakkan pertumbuhan pembelajaran murid-murid di sekolah.
- Kebolehan bagi memberi tumpuan galakan, sokongan dan kepimpinan kepada pelajar dan guru adalah bagi mengatasi sebarang masalah dan memperbaiki serta meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
- Pemimpin pengajaran adalah berkait dengan pengajaran serta pembelajaran termasuklah pembelajaran profesion perguruan dan juga perkembangan pelajar.
Ciri-cirinya :
- Merangka dan menjelaskan matlamat kepada seluruh komuniti sekolah
- Memantau kemajuan setiap pelajar
- Menggalakkan peningkatan professional
- Menguruskan kurikulum
- Mengawal waktu pembelajaran dijalankan.
- Memberi sebarang bentuk insentif
- Keterlibatan
KEPIMPINAN BILIK DARJAH :
- Kemahiran seorang guru bagi mengurus diri sendiri serta berkomunikasi dengan orang lain terutama murid-murid dan guru-guru lain.
- Keupayaan bagi menyampaikan visi kepada murid-murid dan mampu untuk meyakinkan mereka supaya sentiasa mematuhi visi tersebut.
Ciri-cirinya :
- Menyampaikan visi kepada pelajar dengan berkesan.
- Membina kefahaman dan visi bagi diri dan juga pelajar.
- Menilai tingkahlaku dan hasil kerja pelajar.
- Mencungkil bakat dan potensi yang ada dalam diri setiap pelajar.
- Mencipta satu persekitaran pembelajaran yang menarik dan menggalakkan.
RUMUSAN
Secara keseluruhanya, kepimpinan dan organisasi ini menerangkan tentang kepimpinan dalam sesebuah organisasi seperti kepimpinan tertinggi di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan kepimpinan di sekolah. Di sekolah, kepimpinan tertinggi ialah Guru Besar dan diikuti dengan Penolong Kanan Pentadbiran. Melalui kepimpinan dan organisasi ini juga, kita dapat mengetahui peranan guru bagi setiap mata pelajaran di sekolah. Dengan adanya sistem kepimpinan dan organisasi ini, ia melancarkan sistem pengurusan yang terbaik. Selain itu, kepimpinan dan organisasi juga dapat meningkatkan pentadbiran dan tahap integrasi teknologi guru sekolah pada tahap yang lebih tinggi dari persepsi pentadbir dan guru. Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan berinovasi pentadbir dan integrasi teknologi guru dari kedua-dua persepsi. Kepimpinan berinovasi dan sokongan ke atas inovasi organisasi yang mana kepimpinan merupakan faktor yang paling dominan kepada inovasi organisasi dan menggalakkan pentadbir mengamalkan kepimpinan berinovasi.
Rujukan
1. Azman Che Omar. (2003). Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Barbara Kellerman. (1984). Leadership: Multidiciplinary Perspectives. New Jersey: Prentice-Hall.
3. Edwin P. Hollander. (1978). Leadership Dynamics: A Practical Guide To Effective Relationships. New York: The Free Press.
4. Mohd Hafiz Aziz. (2013). Struktur organisasi KPM.
5. Norshazlen Salleh. (2012). Nota Struktur Organisasi KPM.
6. VishalhiniRajendran. (2012). Struktur Organisasi Pendidikan Di Malaysia.
KPS3014 (E) - PENGURUSAN PEMBELAJARAN
PENSYARAH :
Encik Mohd Arifin bin Ghazali
AHLI KUMPULAN :
1. Siti Nur Aziera Binti Mohd Asadi (D20192091507)
2. Wendy Koo Moi Hiong (D20192091512)
3. Nur Fahimah Binti Azhar (D20192091886)
4. Nurul Fatma Binti Che Awang (D20192091219)
5. Siti Munirah Binti Che Abdul Rahman (D20192091892)