Sabtu, 12 Disember 2020

STRUKTUR ORGANISASI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) :

  • Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah satu organisasi yang besar yang merujuk kepada proses mengurus dan mentadbir sistem pendidikan negara.
  • Proses perkembangan bangsa dan proses kemajuan negara berkaitan secara langsung dengan sistem pendidikan. Pendidikan bermutu melahirkan generasi yang sedar dan insaf dengan erti hidup serta tanggungjawab mereka. Mereka berusaha memperkembangkan potensi masing-masing bagi mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat, dan negara.   
  • Pendidikan berfungsi sebagai alat memenuhi keperluan-keperluan negara dalam pelbagai aspek sama ada politik, ekonomi ataupun sosial (Yahaya Don, 2005). Bagi merealisasikan hasrat dan wawasan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyusun jentera pentadbiran yang mampu menjana bangsa ke arah penguasaan ilmu pengetahuan yang luas dan keupayaan generasi muda meningkatkan daya saing untuk menjadi bangsa yang cemerlang gemilang dan terbilang. 
  • Pentadbiran pendidikan sebagai satu proses perkhidmatan yang melibatkan proses perancangan pendidikan, pengelolaan pendidikan, pengurusan kakitangan pendidikan, pengarahan pendidikan, penyelarasan pendidikan, penyediaan belanjawaan pendidikan dan penilaian pendidikan. Makna pentadbiran agak berbeza dengan makna pengurusan. Pengurusan melaksanakan tugas-tugas atasan seperti membuat perancangan, menyusun atur, mengelola, mengarah, memimpin, mengawal sumber-sumber dan mendapatkan kerjasama daripada setiap individu di dalam sesuah organisasi.  Manakala pentadbiran pula membantu pengurusan melaksanakan apa yang telah dirancang, disusun atur, dikelola,diarah, dipimpin dan dikawal supaya menjadi kenyataan.  Ia adalah satu proses pengendalian sesebuah organisasi pendidikan, secara menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat pendidikan.
  • Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia dibentuk berdasarkan kepada sistem politik dan pentadbiran negara. Sistem pendidikan di Malaysia merupakan sistem pendidikan berpusat. Struktur organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah sangat besar, namun secara ringkas terbahagi kepada lima peringkat iaitu;

  1. Eksekutif
  2. Pengurusan
  3. Penyeliaan
  4. Teknikal
  5. Pelaksana

Kelima-lima peringkat di atas boleh dikategorikan kepada empat bahagian/struktur pentadbiran, iaitu: Peringkat Persekutuan, Peringkat Negeri, Peringkat Daerah dan Peringkat Sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan