Sabtu, 12 Disember 2020

RUMUSAN

Secara keseluruhanya, kepimpinan dan organisasi ini menerangkan tentang kepimpinan dalam sesebuah organisasi seperti kepimpinan tertinggi di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan kepimpinan di sekolah. Di sekolah, kepimpinan tertinggi ialah Guru Besar dan diikuti dengan Penolong Kanan Pentadbiran. Melalui kepimpinan dan organisasi ini juga, kita dapat mengetahui peranan guru bagi setiap mata pelajaran di sekolah. Dengan adanya sistem kepimpinan dan organisasi ini, ia melancarkan sistem pengurusan yang terbaik. Selain itu, kepimpinan dan organisasi juga dapat meningkatkan pentadbiran dan tahap integrasi teknologi guru sekolah pada tahap yang lebih  tinggi dari persepsi pentadbir dan guru. Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan berinovasi pentadbir dan integrasi teknologi guru dari kedua-dua persepsi. Kepimpinan berinovasi dan sokongan ke atas inovasi organisasi yang mana kepimpinan merupakan faktor yang paling dominan kepada inovasi organisasi dan menggalakkan pentadbir mengamalkan kepimpinan berinovasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan