Sabtu, 12 Disember 2020

CIRI-CIRI GAYA KEPIMPINAN

 GAYA KEPIMPINAN AUTOKRATIK :

  • Melibatkan interaksi sehala di mana pengetua memberi arahan manakala guru-guru hanya mendengar dan menurut arahan tersebut.
  • Pengetua yang menentukan semua dasar, pelaksanaan pentadbiran  dan aktiviti-aktiviti.
  • Pengetua melantik jawatankuasa dan menentukan tugas, masa dan tempat bagi sesuatu aktiviti.
  • Guru-guru tidak diberi peluang untuk memberi cadangan.
  • Pengetua memberi pujian dan kritikan secara peribadi.


GAYA KEPIMPINAN DEMOKRATIK :

  • Dasar dan keputusan mengenai sesuatu aktiviti adalah hasil daripada perbincangan, menerima dan memberi pandangan.
  • Keputusan dicapai atas persetujuan majoriti.
  • Pengetua membantu guru-guru membentuk matlamat dan alternatif sendiri.
  • Pengetua bersikap objektif dan adil dalam memberi teguran, pujian dan kritikan.
  • Pengetua mementingkan peningkatan prestasi, pencapaian dan kesungguhan.
  • Dapat membina disiplin guru, menggalakkan semangat kerjasama, saling menghormati dan hubungan yang mesra.


GAYA KEPIMPINAN LAISSEZ-FAIRE :

  • Para pemimpin menyediakan alat dan sumber yang diperlukan.
  • Gaya kepimpinan di mana para pemimpin beralih dan membolehkan ahli kumpulan membuat keputusan.
  • Ahli kumpulan dijangka menyelesaikan masalah sendiri.
  • Panduan yang sangat sedikit daripada pemimpin.
  • Kuasa diserahkan kepada pengikut, namun pemimpin masih bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan kelompok.


GAYA KEPIMPINAN KONTEGENSI :

  • Kepimpinan perlu dilaksanakan berdasarkan kepada penganalisian terhadap kepentingan dan keperluan-keperluan sesuatu keadaan dan situasi.
  • Perlu menyesuaikan gaya kepimpinan mengikut keadaan dan mengikut keperluan
  • Gaya kepimpinan akan berubah mengikut keadaan dan ianya mempunyai perkaitan dengan faktor teknologi, persekitaran dan orang-orang yang terlibat.
  • Penerapan bagi gaya kepimpinan yang bervariasi dalam menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan kepimpinan lebih efektif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan